Visi Sekolah
Menjadikan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light Cemerlang Dalam Bidang Kurikulum Dan Kokurikulum Di Peringkat Negeri Menjelang Tahun 2010
Misi Sekolah
- Meningkatkan kecemerlangan pelajar secara berterusan dalam kurikulum dan kokurikulum.
- Menerapkan nilai-nilai murni ke arah pembentukan sahsiah yang mulia.
- Memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan warga sekolah.
- Mewujudkan suasana sekolah yang berkonsepkan kesepaduan dan keharmonian dalam membentuk sekolah yang muhibah.
Piagam Sekolah
Pejabat
Pihak kami sedia melayani ibu bapa pelajar-pelajar yang datang berjumpa dengan segera dan tidak menunjukkan pilih kasih.
Guru-guru
- Kami sentiasa sedia berusaha meningkatkan prestasi sekolah.
- Kami berusaha mewujudkan suasana yang mesra di sekolah supaya para pelajar berminat belajar dan suka datang ke sekolah.
- Kami sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar-pelajar.
- Kami sedia menerima dan mempertimbangkan segala cadangan/syor yang membina daripada pihak ibu bapa demi kebaikan para pelajar.
- Kami sentiasa mengamalkan sifat bertanggungjawab dan penyayang di sekolah.