MAKLUMAT CYBER LAB/ KELAS KOMPUTER

  • Makmal komputer CLS telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan dinamakan Cyber Lab pada tahun 2005.
  • Cyber Lab ini telah dibiayai sepenuhnya oleh pihak PIBG sekolah ini iaitu pembelian komputer, printer , meja dan lain-lain kelengkapan.
  • Ia diasaskan oleh guru pakar IT Puan Lim, kemudian diambil alih oleh Puan Soong dan juga Encik Thilegachandran.
  • Pada tahun 2005 Cyber Lab telah dibekalkan internet (schoolnet) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Wawasan Cyber Lab ini adalah untuk membuka kelas komputer dan memberi pendedahan  berkaitan IT kepada semua warga sekolah ini.
  • Buat masa ini keahlian kelas komputer terbuka kepada murid yang mampu membayar yuran sebanyak RM 70.00 setahun. (RM10 untuk setiap bulan).
  • Tahun 2007 mencatat bilangan ahli seramai 82 orang, meningkat kepada 92 orang pada tahun 2008.  Berbanding dengan bilangan murid sekolah ini seramai hampir 600 orang.
  • Cyber Lab ini mempunyai sebanyak 23 buah komputer multimedia dan tiga buah printer.
  • Ahli-ahli diajar tentang matapelajaran B.Melayu ,  Inggeris , Matematik & Sains dengan menggunakan CD.
  • Mereka juga diajar asas Windows Professional XP, MS Office , Sierra , Printshop & internet.
  • Tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini juga.
  • Sehubungan dengan itu , kami menyeru kepada semua pengunjung yang budiman untuk menyumbangkan segala bentuk saranan dan cadangan untuk meningkatkan lagi makmal komputer sekolah ini agar dapat digunakan oleh semua murid dan semua warga sekolah.