Rumah bayi terletak di sebelah kiri pintu pagar sekolah. Bayi ini akan dijaga oleh sister's hingga umur 6 tahun sebelum dipindahkan kepada rumah anak-anak yatim. Pada tahun 1947, Pesuruhjaya Residen Mr. S.N.King dengan rasminya membina sebuah rumah baru di tapak yang sama selepas dibom oleh tentera Jepun pada zaman perang ke-2. Kini rumah bayi ditukar kepada rumah asuhan atau Kindergarten.
Latar belakang keluarga pelajar yang belajar di sekolah ini terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan terdiri daripada golongan elit seperti peguam, doktor dan ahli perniagaan yang berjaya. Lokasi sekolah ini terletak di Jalan Lebuh Light yang berhampiran dengan Padang Kota Lama yang menjadi tempat tumpuan pelancong di sekitar Georgetown.